Tuesday, 11 October 2016

STRATEGI PROMOSI

    -KOMPOSISI STRATEGI PROMOSI

       -PENGIKLANAN






  •  Perbelanjaan pengiklanan global bagi tahun 2011 adalah dianggarkan sebanyak $484 juta dengan pertumbuhan yang paling besar adalah di Wilayah Asia Pasifik.
  • Namun, sepanjang tempoh lima tahun sehingga 2011, didapati telah berlaku penurunan dalam kadar perbelanjaan ke atas suratkhabar, majalah, dan pengiklanan radio, di samping sedikit peningkatan dalam perbelanjaan televisyen.
  • Kelebihan-kelebihan menggunakan pengiklanan untuk berkomunikasi dengan para pembeli adalah:

1.    Kos yang rendah bagi setiap pengiklanan
2.    Kepelbagaian media pengiklanan (suratkhabar, majalah, radio, televisyen Internet, mel langsung, dan pengiklanan luar)
3.    Kawalan pendedahan
4.    Kandungan mesej yang konsisten
5.    Peluang untuk rekabentuk mesej yang kreatif


  •  Namun pengiklanan juga mempunyai kelemahan-kelemahan yang tersendiri termasuklah ia tidak dapat berinteraksi dengan pembeli dan mungkin tidak akan mampu untuk menarik perhatian pembeli.

    JUALAN PERIBADI

  • Jualan peribadi terdiri daripada komunikasi lisan di antara seorang jurujual dan seorang atau lebih pembeli-pembeli dengan objektif untuk membuat atau mempengaruhi sesuatu jualan. 
  • Perbelanjaan tahunan bagi jualan peribadi adalah lebih besar berbanding ke atas pengiklanan sesuatu jualan.
  • Namun begitu, kedua-dua komponen promosi jualan ini berkongsi beberapa ciri yang sama iaitu:
a.    Penciptaan kesedaran jenama
b.    Transmisi maklumat
c.    Pemujukan orang ramai untuk membuat pembelian
  •  Jualan peribadi mempunyai beberapa kekuatan yang unik, iaitu jurujual boleh berinteraksi dengan para pembeli, menjawab persoalan-persoalan dan menangani bantahan.
J        
          PROMOSI JUALAN 
                           
                       a. Pertunjukan perdagangan 
                       b. Pertandingan-pertandingan
                       c. Sampel
                       d. Paparan pusat-pembelian
                       e. Penggunaan produk dalam filem atau media lain.
                       f. Insentif perdagangan
                       g. Kupon

  • Teknik komunikasi khas ini menawarkan beberapa kelebihan, antaranya ialah ia dapat digunakan untuk mensasarkan para pembeli, maklumbalas bagi majlis-majlis khas, dan mencipta satu insentif bagi pembelian.

PEMASARAN LANGSUNG (DIRECT MARKETING)
  • Dikomunikasikan secara langsung dengan sasaran pelanggan untuk menjana respon dan/atau transaksi.
  • Melibatkan: 
            - Pengurusan pangkalan data
            - Penjualan langsung
            - Tele-pemasaran
            - Pengiklanan respon-langsung (Direct-response advertising)
                      # Menggalakkan pelanggan untuk membeli terus daripada pengeluar.

PEMASARAN INTERAKTIF/INTERNET (INTERNET MARKETING

  •        Media interaktif
                - Membolehkan pengguna untuk menyertai dan mengubahsuai bentuk dan kandungan maklumat yang diterima dalam masa sebenar.

  •        Media sosial (social media)
               - Cara berkomunikasi dan berinteraksi secara atas talian ( online ) untuk mencipta, berkongsi dan bertukar kandungan.

  •       Pemasaran bergerak (Mobile marketing
              - Mesej dihantar adalah khusus ke lokasi pelanggan atau situasi penggunaan.
              
  •       Faedah-faedah pemasaran digital
              - Bersifat interaktif
              - Berupaya mengukur dengan tepat kesan-kesan pengiklanan dan lain-lain bentuk promosi.

PERHUBUNGAN AWAM

  • Terdiri daripada komakunikasi yang diletakkan di dalam media komersial, tanpa sebarang caj dikenakan kepada syarikat yang menerima publisiti tersebut.
  • Objektif :
          - Menggalakkan media yang relevan memasukkan maklumat pelancaran syarikat ke dalam media komunikasi.

  • Aktviti-aktiviti perhubungan awam boleh menjadi satu sumbangan penting kepada strategi promosi sekiranya ia dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif promosi yang spesifik.
  • Digunakan untuk tujuan-tujuan publisiti.

No comments:

Post a Comment