Tuesday 11 October 2016

Strategi Promosi Jualan

  • Aktiviti-aktiviti promosi jualan menyediakan nilai atau insentif yang lebih kepada pengguna pengguna dan ahli-ahli rantaian nilai.
  • Tujuannya untuk menggalakkan jualan meningkat.
  • Promosi jualan merupakan satu bentuk dorongan seperti kupon, rebat, pertandingan dan lain-lain agar pengguna membeli barangan yang dijual.


Kesemulajadian & Skop Promosi Jualan

  • Rebat pembelian merupakan salah satu bentuk promosi jualan yang paling aktif dan amat popular di kalangan syarikat.
  • Tanggungjawab aktiviti-aktiviti promosi jualan sering melibatkan beberapa fungsi pemasaran iaitu:

                       - Pengiklanan
                       - Perdaganagan barangan
                       - Perancangan produk
                       - Jualan

Aktiviti-aktiviti Promosi Jualan :

  • Aktiviti-aktiviti promosi jualan melibatkan: 

                 - pembeli-pembeli pengguna akhir
                 - pembeli-pembeli industri
                 - ahli-ahli rantaian nilai
                 - jurujual
       

  • Aktiviti Promosi Jualan

      a) Insentif

  1. Pertandingan
  2. Percutian
  3. Sokongan pengiklanan
  4. Barangan percuma
  5. Pengiktirafan
  6. Bonus
  7. Hadiah
      b)  Harga Promosi

  1. Kupon
  2. Elaun
  3. Rebat
  4. Wang Tunai

      c) Aktiviti Bermaklumat

  1. Paparan Maklumat
  2. Demonstrasi
  3. Menjual alat bantuan
  4. Pengiklanan Khusus
  5. Pameran perdagangan

  • Promosi kepada sasaran pengguna

  1. Digunakan di dalam pemasaran kebanyakkan barangan dan servis pengguna.
  2. Turut melibatkan pelbagai aktiviti promosi jualan seperti dalam rajah di atas.
  3. Penajaan-penajaan aktiviti-aktiviti sukan dan individu-individu juga merupakan antara inisiatif utama kebanyakkan firma dan jenama.

§  Contoh : Pepsi Co. menaja pertandingan perlumbaan Pepsi 400 Nascar

  • Promosi kepada sasaran pengguna industri


  1. Kaedah yang digunakan untuk produk-produk pengguna akhir dan produk-produk industri. Contoh : Pameran perdagangan memainkan peranan utama dalam strategi-strategi pemasaran SME.
  2. Kelebihannya memberi tumpuan sepenuh kepada pembeli-pembeli yang berpotensi di satu lokasi tertentu dalam tempoh masa yang terhad.

  • Promosi kepada ahli-ahli rantaian ahli

  1. Promosi jualan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam usaha-usaha pemasaran oleh pengeluar kepada pemborong dan peruncit bagi produk-produk makanan, minuman dan peralatan.
  2. Penggunaan katalog adalah komponen promosi yang penting untuk kebanyakkan baris produk dengan menyebarkan melalui Internet supaya lebih tersebar luas.

  • Promosi kepada tenaga jualan


  1. Merupakan bentuk utama promosi bagi membantu dan memotivasikan jurujual syarikat.
  2. Syarikat juga menganjurkan pelbagai program penghargaan kepada tenaga-tenaga jualan seperti “Anugerah Jurujual Terbaik”

  • Strategi Promosi Jualan-


  1. Langkah-langkah dalam pembangunan strategi promosi jualan adalah sama dengan pembangunan strategi pengiklanan.
  2. Perlu mendefinisikan tugas-tugas komunikasi yang dijangkakan akan dipenuhi oleh program promosi jualan.
  3. Objektif-objektif promosi yang spesifik akan ditetapkan untuk peringkat kesedaran dan tujuan pembelian.
  4. Penting untuk menilai kecekapan kos relative kaedah-kaedah promosi jualan dan untuk memilih kombinasi hasil yang paling terbaik.
  5. Program promosi jualan akan dilaksanakan dan dinilaikan secara berterusan.

No comments:

Post a Comment