Tuesday 11 October 2016

Merekabentuk Strategi Organisasi


  • Terdapat beberapa yang terlibat dalam merekabentuk strategi promosi dan membantu keputusan promosi dibuat bagi sesebuah organisasi.
  1. Strategi sasaran & pemposisian pasaran.
  2. Menetapkan objektif komunikasi.
  3. Menentukan peranan bagi setiap komponen.
  4. Menjangkakan bajet promosi.
  5. Memilih strategi  bagi setiap komponen promosi.
  6. Menilai kecekapan strategi promosi bersepadu.
  • Objektif komunikasi:
          - Antara objektif yang sering digunakan:
  1.  Mengenalpasti keperluan bagi merangsang suatu keperluan, pencarian para pembeli melalui mesej untuk mendapatkan maklumbalas daripada pembeli yang berpotensi.
  2. Pembinaan jenama untuk membantu pembeli mengenali sesuatu produk, penilaian alternatif dengan penilai alternatif jenama bagi aktiviti dan kepuasan untuk  pembelian bagi mempengaruhi keputusan pembeli untuk membeli sesuatu jenama merupakan objektif promosi yang penting.
          Contoh : Avon menggunakan jualan yang telah diprogramkan sebaiknya bagi menggalakkan para pembeli membeli produk-produk mereka.

  • Peranan bagi setiap komponen
         - Menetapkan panduan-panduan yang dapat menyumbang dan membantu menetukan strategi untuk setiap komponen promosi.

      Contoh : Pengiklanan mungkin akan bertanggungjawab untuk penciptaan kesedaran bagi sesuatu produk baru.

  • Belanjawan promosi
        -Amalan penyediaan belanjawan adalah untuk memberi penekanan keatas peningkatan dalam kecekapan promosi berbanding untuk mencari saiz optimal belanjawan.

        -Teknik penyediaan belanjawan yang lebih praktikal digunakan termasuklah objektif dan tugas, persaingan atau teknik.

       -Pendekatan ini telah digunakan untuk menentukan belanjawan pengiklanan dan promosi jualan.

       -Belanjawan jualan peribadi kebiasaanya ditentukan oleh bilanagn tenaga dan kelayakan mereka dan belanjawan bagi pemasaran langsung adalah dipandu oleh kos unit hubungan pelanggan ( kos perkatalog yang diemelkan).

       - Penting untuk mengambil kira saiz serta peruntukan jumlah perbelanjaan promosi sewaktu membentuk strategi promosi.

  • Strategi komponen promosi
       -Strategi yang dibangunkan untuk komponen promosi perlu konsisten dengan strategi penyasaran dan menyumbang kepada pemposisian jenama yang diingini.

       -Penentuan strategi bagi setiap komponen promosi melibatkan penetapan objektif dan bajet pemilihan strategi dan penentuan aktiviti promosi yang akan dilaksanakan.

  • Integrasi & pelaksanaan stategi
        - Strategi yang dibangunkan  komponen promosi perlu konsisten dengan strategi penyasaran & penyumbangan kepada pemposisian jenama yang diinginkan.

        - Strategi pengiklanan, perhubungan awam, jualan peribadi, pemasaran langsung, internet dan promosi jualan mempunyai potensi untuk difragmenkan apabila tanggungjawab diagihkan kepada jabatan-jabatan.

  • Kecekapan strategi promosi.
       - Pengesanan prestasi strategi promosi melibatkan penilaian setiap komponen promosi dan penilaian kecekapan stategi promosi bersepadu keseluruhan pasukan silang-fungsian dapat digunalan untuk menilai kecekapan keseluruhan strategi promosi.

No comments:

Post a Comment